Friday, October 1, 2010

Panduan dan tips temududa SPP untuk pengesahan jawatan guru (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

1 comments
Beberapa tips temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ingin dikongsikan bersama bagi memudahkan para guru yang bakal dilantik dalam pengesahan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam menghadiri temuduga dengan penuh keyakinan.

Tips penampilan para guru yang bakal diperhatikan oleh penemuduga :
1. Cara penyampaian calon : calon perlulah berhujah secara matang dan mampu menjawab soalan yang dikemukakan secara berpengetahuan.

2. Penampilan diri, sikap dan sahsiah calon : penampilan diri kemas sebagai seorang guru. Bertali leher bagi lelaki, kasut dan seluar formal, kasut bertutup dengan tumit seinci bagi wanita. Fesyen rasmi dan bersopan. Jangan lupa memakai name-tag!

3. Pengetahuan ikhtisas yang mantap : berdasarkan latihan di IPG, apakah yang kita dapat?

4. Pengetahuan am dan isu semasa yang relevan dengan pendidikan : walaupun akan ditanya sedikit mengenai isu politikal dan parlimen misalnya, jawapan bagi soalan penemuduga perlulah relevan dengan tugas seorang guru.

Apakah yang akan ditanya semasa ditemuduga? Berikut adalah contoh soalan, topik dan isu yang sering ditanya semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan :

1. Apakah sekolah bestari?
2.Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah wawasan?
3. Pelaninduk pendidikan.
4. Pedagogi dan strategi serta kaedah PNP.
5. Taksonomi Bloom
6. Bagaimana untuk menyelesakan masalah dan isu KBSR, KLSR dan KBSM

Contoh soalan dan topik isu semasa negara :
1. Sistem pemerintahan
2. Pilihanraya
3. Parlimen
4. Sejarah pendidikan negara
5. Isu ICT
6. NKRA
7. Satu Malaysia
8. Sukan
9. Rukunegara
10. Wawasan 2020
11. Misi dan visi pendidikan di Malaysia
12. 9 cabaran guru arus globalisasi
13. Dasar pembangunan negara dan Dasar ekonomi baru.

Apakah sebab calon-calon guru GAGAL dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ?

1. Sikap dan personaliti guru : pembawaan diri
2. Kekurangan nilai profesionalisme : terlalu emosional
3. Kekurangan ilmu penetahuan dan kefahaman
4. Kurangnya kemahiran di dalam bidang tugas.

Sumber : Taklimat Temuduga SPP, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Thursday, September 16, 2010

Tips untuk pembentangan viva Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

0 comments
Pembentangan Viva adalah salah suatu syarat utama dalam penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi semua IPG di seluruh negara. Pelaporan Kajian Tindakan yang telah dilaksanakan selama beberapa bulan dibentangkan dalam suatu persembahan individu yang memakan masa selama  20 minit dihadapan para pensyarah, pembaca dan moderator. Walaupun para pensyarah selalu memberi tekanan kepada semua pelajar mengenai cara pembentangan viva yang terbaik, semua pelajar seharusnya menguasai semua teknik pembentangan viva yang berteraskan keyakinan dan mutu slaid persembahan.

Tips utama pembentangan viva terbaik :

Slaid pembentangan viva perlulah :
1. Slide pertama dimulakan dengan nama pelajar, nama kursus, tajuk kajian / penyelidikan tindakan.
2. Slide kedua senaraikan outline ( apa yang hendak dipersembahkan semasa viva )
3. Slide ketiga masukkan objektif kajian tindakan
4. Slide keempat dan slide seterusnya , barulah masukkan perbincangan yang penting tentang kajian ilmiah
5. Pemilihan slide seeloknya warna yang cerah dan lembut. Kosong pun takpe. Elakkan yang colourful.
6. Bilangan slide sebaiknya 16-18. Memandangkan masa pembentangan adalah 20 minit sahaja.
7. Seeloknya buat dalam bentuk point agar pensyarah, pembaca dan moderator mudah faham. Jangan masukkan ayat yang panjang berjela-jela.

Semasa pembentangan viva, pelajar perlulah menguasai teknik berkomunikasi dihadapan dengan betul. Teknik berkomunikasi perlulah :
1. Yakin dengan setiap pengucapan.
2. Faham dengan kajian / penyelidikan yang telah dilakukan.
3. Boleh menepis semua persoalan dan 'hentaman' pensyarah.
4. Seeloknya buatlah soalan predictable dahulu. Jangkakan apakah persoalan yang pensyarah, pembaca dan moderator bakal keutarakan. Adakah ianya berkaitan dengan hasil dapatan yang drastik? Adakah kajian ini bersesuaian dengan tahap murid / sampel yang dikaji?

Diharap tips yang dikongsi oleh penulis boleh membantu dalam pembentangan viva para pelajar PISMP IPGM. Good Luck!

Tuesday, August 31, 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan faktor pembentukannya (Bahagian 2) (Nota Kuliah PISMP)

0 comments
KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
          
           Menurut Mok Soon Sang (2004), konsep pendidikan di Malaysia boleh di tafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah di umumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan itu akan menentukan sumber inspirasi kepada semua usaha rancangan dalam bidang pendidikan serta menentukan arah haluan dan asas pendidikan. Pengumuman Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

            Menurut Mok Soon Sang (2000), tujuan falsafah pendidikan adalah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan. Falsafah pendidikan merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Selain itu, falsafah pendidikan ini digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideology negara sebagaimana yang telah disebutkan dalam Laporan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Negara ini akan menjadi lampu yang memberi petunjuk dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN  

Menurut Mok Soon Sang, 2004, falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara, Falsafah  Pendidikan Kebangsaan digubal dengan rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan. Di samping itu, beberapa faktor yang berkaitan telah dipertimbangkan ketika menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi bimbingan dan panduan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan. Di antara beberapa faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas ketika menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara, faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya serta faktor politik yang menentukan idealogi negara dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. Selain itu, faktor-faktor lain pula adalah faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara, faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. Faktor terakhir pula adalah faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

2.1- Faktor Agama

 Menurut Mok Soon Sang (2004), agama islam adalah agama rasmi bagi negara Malaysia yang telah anda semua sedia maklum. Di samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya bebas dianuti dan diamalkan selagi tidak melanggar undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas ketika proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya yang berbunyi, “mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.” Pendidikan melalui agama masing-masing sangat penting bagi memastikan nilai-nilai baik dapat dihayati dalam semua aspek kehidupan. Melalui pendidikan ini, masyarakat dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk di dalam membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Bagi yang beragama Islam pula, amalan-amalan penganutnya akan dikira di alam akhirat kelak. Justeru itu, penganut yang beragama Islam haruslah membuat kebaikan dan melaksanakan segala perintah dan suruhan dari Allah dengan seikhlas-ikhlasnya.

2.2- Faktor Sosial

         Faktor seterusnya adalah faktor sosial. Seperti yang anda semua sedia maklum, masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Antara kaum-kaum yang terdapat di dalam negara Malaysia ialah kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan pelbagai kaum yang lain. Di setiap negeri di negara  Malaysia ini mesti terdapat kaum-kaum yang berbilang tersebut. Ke semua kaum tersebut haruslah mempunyai sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain bagi mewujudkan keharmonian dan kemakmuran di dalam negara. Ini dapat dikuatkan lagi dengan pendapat Mok Soon Sang, 2004, yang menyatakan “sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaumyang merupakan kriteria yang paling penting dalam usaha mewujudkan keadaan sosial yang stabil.” Tujuan mencapai perpaduan kaum telah mewujudkan salah satu di antara matlamat pendidikan yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,”melahirkan rakyat Malaysia…memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.” Selain itu, setiap kaum perlulah berkomunikasi ataupun bersosial dengan kaum yang lain supaya dapat mengeratkan lagi perpaduan di antara kaum. Ini penting agar tidak ada kaum yang berasakan mereka terpinggir dari arus kemajuan negara. Dengan komunikasi dan kerjasama di antara semua kaum akan dapat melahirkan negara yang maju dari segi ekonomi dan pelbagai dari segi budayanya. Sebagai contoh, ketika orang Melayu merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri, kaum-kaum yang lain turut sama memeriahkan sambutan tersebut dan begitulah sebaliknya.

2.3- Faktor Politik

Faktor politik juga memainkan peranan dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Mok Soon Sang (2004) lagi, seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi. Pengaruh politik memainkan penting di dalam penentuan dasar pendidikan negara dalam usaha membentuk idealogi negara. Pengaruh politik penting didalam melahirkan rakyat yang tidak mempunyai hasad dengki di antara satu sama lain. Ini akan mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai. Sehubungan dengan itu, dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas ketika membuat peggubalan tersebut. Matlamat ini di jelaskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,”  melahirkan rakyat Malaysia…memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.” Falsafah tersebut sama dengan faktor sosial.

2.4- Faktor Ekonomi

Faktor ekonomi juga memainkan peranan penting di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor ekonomi ini penting agar bajet-bejet yang diperuntukkan untuk pendidikan digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak membazir dengan menjalankan akiviti yang tidak memberi sumbangan apa-apa kepada rakyat dan negara. Menurut pandangan Mok Soon Sang, (2004), dengan meningkatkan daya pengeluaran, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu memperkembangkan ekonomi Negara. Matlamat ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan kesejahteraan negara. Cita-cita untuk memperkembangkan ekonomi negara telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang telah dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan ekonomi negara penting agar menjamin kestabilan ekonomi negara supaya tidak akan berlaku lagi insflasi sifar yang telah terjadi beberapa tahun yang lepas. Di samping itu, dengan adanya ekonomi yang stabil, mutu pendidikan negara akan lebih berkembang dengan mempelajari teknologi-teknologi yang lebih canggih. Kemajuan sains dan teknologi pula dituntut oleh negara bagi memastikan pencapaian taraf negara maju. Selain itu, dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang pakar dan berilmu dalam bidang ini akan dapat mempercepatkan lagi proses ke arah tersebut. Oleh itu, peruntukkan ekonomi yang cukup akan memastikan kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi berjaya dengan cemerlangnya.

2.5- Faktor Individu

Faktor yang seterusnya di dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor individu. Individu yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar dari pelbagai kaum. Dari segi pandangan Mok Soon Sang (2004), melalui proses pendidikan, potensi individu dapat digilap dan dikembangkan. Ini bererti setiap pelajar dari pelbagai kaum mempunyai keistimewaan masing-masing dan ini penting di dalam memajukan negara pada masa akan datang. Selain itu, potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Dari segi rohani, individu perlu menyedari dan menginsafi amalan yang dilakukan kepada penciptaNya. Individu juga harus memupuk dan membina disiplin diri di samping membentuk budi pekerti dan akhlak yang mulia. Dari aspek emosi pula, individu perlu mempunyai perasaan tenang dan mengawal tingkah laku mereka. Individu juga perlu memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dengan semua masyarakat. Selain itu, individu perlu menghargai serta menilai keindahan dan kesenian alam. Individu juga harus memupuk perasaan kasih saying sesama mereka. Dari segi jasmani pula, individu perlu memberi tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat. Individu harus menjaga kesihatan diri dengan cara melakukan riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain itu, individu juga harus mengembangkan bakat dan kemahiran yang mereka ada di samping memanfaatkan tenaga fizikal yang mereka ada. Untuk menjadi insan yang yang seimbang dan harmonis, perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu harus dilaksanakan. Ini bererti setiap individu perlu berani menunjukkan bakat yang mereka ada secara semulajadi. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Individu yang seimbang perlu agar dapat melahirkan generasi yang berguna pada masa akan datang.  

2.6- Faktor Sejagat

Faktor terakhir dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor sejagat. Faktor sejagat merupakan kerjasama di antara negara Malaysia dengan negara-negara antarabangsa. Kerjasama yang dilakukan adalah banyak seperti kerjasama di dalam industri, di dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Menurut pandangan Mok Soon Sang, (2004), penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Falsafah Pendidikan Kebangsaan terpengaruh dengan idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa. Contohnya UNESCO telah merancangkan program pendemokrasian pendidikan, pensarjagawatan pendidikan, dan pendidikan seumur hidup dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan…”. Dengan pernyataan tersebut, jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. Kerjasama di antara Malaysia dengan negara-negara antarabangsa di wujudkan agar perkembangan, kemajuan serta pembangunan Negara dilaksanakan. Di awal pembentukkan Malaysia, ianya telah memainkan peranan pada arena antarabanga dalam usaha menjamin keamanan, keadilan, dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Generasi-genarasi yang akan datang akan terus memikul usaha kerjasama sejagat ini. Selain itu, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, program ini juga adalah untuk melahirkan masyarakat yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Selain itu, program ini bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi berupaya memberi sumbangan ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa. Kerjasama sejagat ini sangat penting supaya negara Malaysia tidak ketinggalan di dalam arus pemodenan dunia. Oleh itu, adalah penting bagi negara kita melakukan hubungan sejagat dengan negara-negara antarabangsa yang lain demi kepentingan bersama.       

 * Semua tulisan adalah benar semasa hasil ini diterbitkan
Penulis : Reikojezze
www.reikojezze.blogspot.com

Falsafah Pendidikan (Nota Kuliah PISMP)

0 comments
PENGENALAN FALSAFAH PENDIDIKAN

                        Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos (bererti mencintai) dan Sophia (bererti kebijaksanaan). Berpandukan dua perkataan Yunani ini, falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksaan. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Tradisional Falsafah Barat ialah perenialisme dan essensialisme.

                         Perenialisme banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato dan Aristotle. Moden pula terbahagi kepada empat iaitu naturalisme, pragmatisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), falsafah merupakan pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara penting. Falsafah juga mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

                        Falsafah Pendidikan Timur pula digolongkan kepada tiga aliran iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India) dan falsafah pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Konfusianisme berasaskan kepada pemikiran Confucius (551-479 S.M). Falsafah Pendidikan China menerangkan kesempurnaan tingkahlaku. Menurut Wang Shouren (1472-1528) di dinasti Ming, beliau berpendapat ilmu intuitif terkandung dalam jiwa mental setiap individu. Beliau juga menentang hokum dera dan mengurung kanak-kanak serta menyarankan teknik peneguhan dan motivasi. Bagi Falsafah India pula, menurut Rabindranath Tagore (1861-1941), pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. Falsafah ini banyak dipengaruhi oleh falsafah pragmatisme dan progesivisme. Falsafah ini membentuk kesempurnaan manusia. Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap dan berkemahiran. Pendidikan dalam perkara-perkara semula jadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif. Bagi Falsafah Pendidikan Islam pula, falsafah ini berasaskan ajaran Al-Quran. Menurut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar ialah Keesaan Tuhan (Tauhid), kepercayaan pesuruh-pesuruhNya, dan kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-Nabi. Pendidikan merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal ikhlas. Menurut Mohamad Qatb, pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

                        Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan, sama ada di negara Barat, Timur ataupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan unik kerana mempunyai ciri tersendiri. Hal yang demikian, falsafah di Malaysia mengandungi unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan Islam.     

Penulis : Reikojezze
www.reikojezze.blogspot.com

Tuesday, August 24, 2010

Peringkat Perkembangan Guru (Nota Kuliah PISMP EDU 3108)

1 comments
Peringkat Perkembangan Guru

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)

-    Peringkat Keprihatinan Diri
-    Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
-    Peringkat Impak

Prihatin Diri :    
-    Apakah pelajar suka saya?
-    Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
-    Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
-    Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

Peringkat Impak :
-    Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
-    Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
-    Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
-    Peringkat novis
-    Peringkat novis lanjutan
-    Peringkat cekap
-    Peringkat mahir
-    Peringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan

-    Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
-    Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
-    Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
-    Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
-    Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
-    Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
-    Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

Guru Mahir
-    Terbaik dalam bidang
-    Menjadi teladan profesionalisme
-    Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar
-    Menyerlahkan diri secara profesionalisme
-    Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
-    Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.

Author : Reikojezze
www.reikojezze.blogspot.com

Friday, August 20, 2010

Kajian Sosial : Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Zaman Selepas Merdeka (bahagian 1)

0 comments
Pembentukan masyarakat pluralistik di zaman selepas merdeka

Pengenalan

    Pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) telah berinteraksi di antara mereka sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya.

    Dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri Alam Melayu ialah Pluralisme dan masyarakat pluralistik. Kedua-dua konsep ini merupakan konstruksi saintifik sosial yang terhasil daripada kajian empirikal yang dilakukan di wilayah ini. Pluralisme bererti suatu kerangka interaksi yg mana setiap kelompok menampilkan rasa hormat dan toleransi diantara satu sama lain dan berinteraksi tanpa konflik. Masyarakat pluralistik pula adalah masyarakat yang berbilang kaum yang hidup saling kerjasama diantara satu sama lain.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

    Terdapat empat aspek yang ada pada masyarakat pluralistik selepas merdeka iaitu aspek politik, aspek perlembagaan, aspek pendidikan dan aspek ekonomi.

1) Aspek Politik

    Politik Malaysia kebiasaannya dipengaruhi oleh aspek etnik. Usaha untuk memelihara kestabilan politik yang bersandarkan kepada kerjasama antara etnik terus menjadi agenda utama negara.

    Dalam konteks politik domestik, demokrasi negara ini telah berjalan lancar terutamanya sejak pilihanraya umum pertama pada tahun 1955. Pilihanraya tersebut berjalan lancar kerana orang Melayu, cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan. Pada peringkat ini, perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan parti iaitu Perikatan.

    Parti Perikatan terdiri daripada United Malays National Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Pimpinan Parti Perikatan yang mengamalkan sikap bertolak ansur bagi mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik yang mereka wakili. Menurut R.K.Vasil (1980), pakatan dalam parti perukatan pada dasarnya telah menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmonis antara kumpulan etnik. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri pertama oleh kumpulan-kumpulan etnik lain berdasarkan keupayaan beliau mempengaruhi orang Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak-ansur dalam beberapa perkara asas.

    Dalam tahun 1957-1959, Parti MCA menghadapi kemelut kepimpinan apabila terdapat golongan yang tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Cheng Lock sehingga akhirnya memaksa beliau digantikan oleh Dr. Lim Chong Eu. Dr. Lim memberikan tekanan kepada parti Perikatan untuk memberi kerusi yang lebih kepada MCA dalam pilihan raya umum 1959. Krisis dalam Parti MCA berterusan dan membawa kepada perpecahan dalaman dan akhirnya Dr. Lim Chong Eu meletak jawatan.

    Parti MIC juga tidak terlepas daripada menghadapi kemelut dalaman apabila terdapat segelintir pihak yang menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap Parti Perikatan. Namun begitu, melalui proses perundingan dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat, segala kemelut dapat diatasi dengan cara yang baik. Selepas era tahun 1960-an, politik Malaysia terus berkembang secara berperingkat-peringkat.

    Pada tahun 1974, Barisan Nasional ditubuhkan. Barisan Nasional terus kekal memerintah sehingga kini adalah kerana wujudnya kerjasama antara parti komponennya. Barisan Nasional sentiasa mendapat sokongan rakyat setiap kali pilihan raya umum diadakan. Menurut Mansor Mohd Nor (2005), hubungan dikalangan ahli-ahli Barisan Nasional lebih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silang budaya dan merentas etnik masing-masing. Bentuk perhubungan mereka berasaskan perkiraan bukan etnik.
 
(Bersambung bahagian ke-2)
 
penulis : Reikojezze

Wednesday, August 18, 2010

Konsep Sekolah dan Guru Berkesan (Nota Kuliah EDU 3108)

1 comments
Konsep Sekolah dan Guru Berkesan

Konsep sekolah berkesan diperkenalkan dengan matlamat membawa sistem pendidikan kearah kecemerlangan seiring dengan slogan membawa sistem pendidikan ke taraf dunia.

Guru Cekap

Menjadi guru cekap :
-    Kecekapan profesionalisme
-    Kecekapan melaksanakan visi dan prinsip
-    Keutuhan peribadi
-    Kecekapan menggunakan teknologi maklumat

Ciri-ciri guru cekap :
1)    Ciri peribadi – bermatlamat, fikiran positif, yakin dan sabar
2)    Ciri mengajar – gaya tersendiri, kepakaran, bermotivasi
3)    Ciri intelektual – suka membaca, mempunyai mental-life yang segar, mempunyai kesungguhan kendiri dan minda sihat dan terbuka.

Prinsip Guru Cekap :
-    Do It Right First Time : setiap kerja mesti cekap dan kurang silap
-    Guru mengajar murid belajar : mengajar, membuat persediaan dan beri murid semangat belajar bersungguh-sungguh
-    Berkongsi visi yang sama
-    Bakti disemai bukti dituai
-    Penambahbaikan berterusan
-    Mencegah masalah lebih utama dari menyelesaikan masalah : guru perlu proaktif

Ciri guru berkesan :
- Profesional
- Mempamer kekuatan teori
- Kaya ilmu
- Bertindak atas landasan etika kerja
- Morality yang teguh
- Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengajaran
- Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa
- Menilai kekuatan dan kelemahan murid sekolah
- Melengkapkan diri dengan kemahiran sejajar dengan tuntutan semasa
- Menampilkan watak terpuji, berimej, peribadi mulia, berwawasan
- Taat setia terhadap perkhidmatannya, memartabatkan profesionnya
- Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas berpendirian
- Professional dengan PNP di sekolah
- Berupaya melahirkan ‘persekolahan berwatak’ supaya pelajar mempunyai ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.

Guru Mahir
-    Orang yang memiliki kemampuan dan keahlian khusus dalam bidang keguruan sehingga ia mampu melakukan tugas dan fungsi sebagai guru dengan kemampuan maksima
-    Orang yang terdidik dan terlatih dengan baik.
Guru Berintelek
-    Guru perlulah menanamkan sifat ingin tahu, yang akan mendorong diri mempelajari dan menyesuaikan diri dalam dunia pendidikan yang sering berubah-ubah (up to date)
Guru mahir perlulah :
-    Mahir berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengananak muridnya akan mghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik
-    Dapat memberikan motivasi yang berkesan
-    Murid menerima motivasi secara berhemah dan berhikmah.
-    Meningkatkan kebolehan penggunaan ICT, mengekalkan guru berkualiti dengan cara sentiasa aplikasi ICT dalam PNP dan tahu kemahiran aplikasi computer.

Kesimpulan :
Kemahiran guru yang perlu ada :
-    Kemahiran penyampaian
-    Kemahiran penilaian
-    Kemahiran merangsang
-    Kemahiran pengurusan bilik darjah

Guru Pakar
Definisi Guru Pakar :
-    Guru pakar ialah guru yang mempunyai kemahiran, pengetahuan, dan kepakaran tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam PNP.

Sahsiah guru pakar :
-    Sahsiah terpuji
-    Berketrampilan
-    Berpegang eguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam
-    Peka dan prihatin kepada keperluan pelajar
-    ‘role model’ kepada warga pendidikan

Pengetahuan guru pakar :
-    Menguasai dan menghayati kandungan mata pelajaran
-    Menjadi pakar rujuk PNP
-    Bijak mengurus masa, bahan dan sumber
-    Mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pelajar
 
Hasil kerja :
-    Meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcome)
-    Memiliki kemahiran komunikasi tinggi dan berupaya menyampaikan idea dan mesej yang berkesan.

Potensi :
-    Berwawasan, proaktif, responsive, inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik.
Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara
-    Berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

Guru Permulaan
1)    Guru yang baru memulakan perkhidmatan selepas tamat kursus perguruan di IPG atau university
2)    Sosialisasi didefinisikan sebagai proses saling mempengaruhi antara individu dalam konteks sosial sekolah selepas penempatan baru.
3)    Guru baru sering berhadapan dengan masalah sosialisasi.

Fokus isu :
-    Guru baru sering menghadapi masalah :
: guru besar dan guru
: mempelajari peranan sebagai guru di luar bidang tugas mengajar
: masalah pembelajaran dan disiplin murid

Ciri-ciri kelemahan sosialisasi guru permulaan :
-    Kurang mahir urus Koku
-    Kurang mahir urus aktiviti sukan
-    Tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah
-    Kurang yakin kawal disiplin bilik darjah
-    Kurang teori dan amalan latihan
-    Tidak cukup kemahiran guna pusat sumber
-    Kurang kemahiran sosial

Author : ReikoJezze
www.reikojezze.blogspot.com

Friday, October 1, 2010

Panduan dan tips temududa SPP untuk pengesahan jawatan guru (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

Posted by ReiKo JezzeBelle at 5:34 PM 1 comments
Beberapa tips temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ingin dikongsikan bersama bagi memudahkan para guru yang bakal dilantik dalam pengesahan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam menghadiri temuduga dengan penuh keyakinan.

Tips penampilan para guru yang bakal diperhatikan oleh penemuduga :
1. Cara penyampaian calon : calon perlulah berhujah secara matang dan mampu menjawab soalan yang dikemukakan secara berpengetahuan.

2. Penampilan diri, sikap dan sahsiah calon : penampilan diri kemas sebagai seorang guru. Bertali leher bagi lelaki, kasut dan seluar formal, kasut bertutup dengan tumit seinci bagi wanita. Fesyen rasmi dan bersopan. Jangan lupa memakai name-tag!

3. Pengetahuan ikhtisas yang mantap : berdasarkan latihan di IPG, apakah yang kita dapat?

4. Pengetahuan am dan isu semasa yang relevan dengan pendidikan : walaupun akan ditanya sedikit mengenai isu politikal dan parlimen misalnya, jawapan bagi soalan penemuduga perlulah relevan dengan tugas seorang guru.

Apakah yang akan ditanya semasa ditemuduga? Berikut adalah contoh soalan, topik dan isu yang sering ditanya semasa temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan :

1. Apakah sekolah bestari?
2.Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah wawasan?
3. Pelaninduk pendidikan.
4. Pedagogi dan strategi serta kaedah PNP.
5. Taksonomi Bloom
6. Bagaimana untuk menyelesakan masalah dan isu KBSR, KLSR dan KBSM

Contoh soalan dan topik isu semasa negara :
1. Sistem pemerintahan
2. Pilihanraya
3. Parlimen
4. Sejarah pendidikan negara
5. Isu ICT
6. NKRA
7. Satu Malaysia
8. Sukan
9. Rukunegara
10. Wawasan 2020
11. Misi dan visi pendidikan di Malaysia
12. 9 cabaran guru arus globalisasi
13. Dasar pembangunan negara dan Dasar ekonomi baru.

Apakah sebab calon-calon guru GAGAL dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan ?

1. Sikap dan personaliti guru : pembawaan diri
2. Kekurangan nilai profesionalisme : terlalu emosional
3. Kekurangan ilmu penetahuan dan kefahaman
4. Kurangnya kemahiran di dalam bidang tugas.

Sumber : Taklimat Temuduga SPP, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Thursday, September 16, 2010

Tips untuk pembentangan viva Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

Posted by ReiKo JezzeBelle at 11:49 PM 0 comments
Pembentangan Viva adalah salah suatu syarat utama dalam penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan bagi semua IPG di seluruh negara. Pelaporan Kajian Tindakan yang telah dilaksanakan selama beberapa bulan dibentangkan dalam suatu persembahan individu yang memakan masa selama  20 minit dihadapan para pensyarah, pembaca dan moderator. Walaupun para pensyarah selalu memberi tekanan kepada semua pelajar mengenai cara pembentangan viva yang terbaik, semua pelajar seharusnya menguasai semua teknik pembentangan viva yang berteraskan keyakinan dan mutu slaid persembahan.

Tips utama pembentangan viva terbaik :

Slaid pembentangan viva perlulah :
1. Slide pertama dimulakan dengan nama pelajar, nama kursus, tajuk kajian / penyelidikan tindakan.
2. Slide kedua senaraikan outline ( apa yang hendak dipersembahkan semasa viva )
3. Slide ketiga masukkan objektif kajian tindakan
4. Slide keempat dan slide seterusnya , barulah masukkan perbincangan yang penting tentang kajian ilmiah
5. Pemilihan slide seeloknya warna yang cerah dan lembut. Kosong pun takpe. Elakkan yang colourful.
6. Bilangan slide sebaiknya 16-18. Memandangkan masa pembentangan adalah 20 minit sahaja.
7. Seeloknya buat dalam bentuk point agar pensyarah, pembaca dan moderator mudah faham. Jangan masukkan ayat yang panjang berjela-jela.

Semasa pembentangan viva, pelajar perlulah menguasai teknik berkomunikasi dihadapan dengan betul. Teknik berkomunikasi perlulah :
1. Yakin dengan setiap pengucapan.
2. Faham dengan kajian / penyelidikan yang telah dilakukan.
3. Boleh menepis semua persoalan dan 'hentaman' pensyarah.
4. Seeloknya buatlah soalan predictable dahulu. Jangkakan apakah persoalan yang pensyarah, pembaca dan moderator bakal keutarakan. Adakah ianya berkaitan dengan hasil dapatan yang drastik? Adakah kajian ini bersesuaian dengan tahap murid / sampel yang dikaji?

Diharap tips yang dikongsi oleh penulis boleh membantu dalam pembentangan viva para pelajar PISMP IPGM. Good Luck!

Tuesday, August 31, 2010

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan faktor pembentukannya (Bahagian 2) (Nota Kuliah PISMP)

Posted by ReiKo JezzeBelle at 6:28 AM 0 comments
KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
          
           Menurut Mok Soon Sang (2004), konsep pendidikan di Malaysia boleh di tafsir daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah di umumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan itu akan menentukan sumber inspirasi kepada semua usaha rancangan dalam bidang pendidikan serta menentukan arah haluan dan asas pendidikan. Pengumuman Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

            Menurut Mok Soon Sang (2000), tujuan falsafah pendidikan adalah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan. Falsafah pendidikan merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Selain itu, falsafah pendidikan ini digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideology negara sebagaimana yang telah disebutkan dalam Laporan Dasar Pendidikan termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Negara ini akan menjadi lampu yang memberi petunjuk dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN  

Menurut Mok Soon Sang, 2004, falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Dengan mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara, Falsafah  Pendidikan Kebangsaan digubal dengan rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan. Di samping itu, beberapa faktor yang berkaitan telah dipertimbangkan ketika menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberi bimbingan dan panduan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan. Di antara beberapa faktor yang mempengaruhi pertimbangan asas ketika menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara, faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya serta faktor politik yang menentukan idealogi negara dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. Selain itu, faktor-faktor lain pula adalah faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara, faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. Faktor terakhir pula adalah faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

2.1- Faktor Agama

 Menurut Mok Soon Sang (2004), agama islam adalah agama rasmi bagi negara Malaysia yang telah anda semua sedia maklum. Di samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya bebas dianuti dan diamalkan selagi tidak melanggar undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas ketika proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya yang berbunyi, “mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.” Pendidikan melalui agama masing-masing sangat penting bagi memastikan nilai-nilai baik dapat dihayati dalam semua aspek kehidupan. Melalui pendidikan ini, masyarakat dapat menilai yang mana baik dan yang mana buruk di dalam membuat keputusan terhadap sesuatu perkara. Bagi yang beragama Islam pula, amalan-amalan penganutnya akan dikira di alam akhirat kelak. Justeru itu, penganut yang beragama Islam haruslah membuat kebaikan dan melaksanakan segala perintah dan suruhan dari Allah dengan seikhlas-ikhlasnya.

2.2- Faktor Sosial

         Faktor seterusnya adalah faktor sosial. Seperti yang anda semua sedia maklum, masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Antara kaum-kaum yang terdapat di dalam negara Malaysia ialah kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan pelbagai kaum yang lain. Di setiap negeri di negara  Malaysia ini mesti terdapat kaum-kaum yang berbilang tersebut. Ke semua kaum tersebut haruslah mempunyai sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain bagi mewujudkan keharmonian dan kemakmuran di dalam negara. Ini dapat dikuatkan lagi dengan pendapat Mok Soon Sang, 2004, yang menyatakan “sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaumyang merupakan kriteria yang paling penting dalam usaha mewujudkan keadaan sosial yang stabil.” Tujuan mencapai perpaduan kaum telah mewujudkan salah satu di antara matlamat pendidikan yang disebutkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,”melahirkan rakyat Malaysia…memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.” Selain itu, setiap kaum perlulah berkomunikasi ataupun bersosial dengan kaum yang lain supaya dapat mengeratkan lagi perpaduan di antara kaum. Ini penting agar tidak ada kaum yang berasakan mereka terpinggir dari arus kemajuan negara. Dengan komunikasi dan kerjasama di antara semua kaum akan dapat melahirkan negara yang maju dari segi ekonomi dan pelbagai dari segi budayanya. Sebagai contoh, ketika orang Melayu merayakan perayaan Hari Raya Aidilfitri, kaum-kaum yang lain turut sama memeriahkan sambutan tersebut dan begitulah sebaliknya.

2.3- Faktor Politik

Faktor politik juga memainkan peranan dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menurut Mok Soon Sang (2004) lagi, seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi. Pengaruh politik memainkan penting di dalam penentuan dasar pendidikan negara dalam usaha membentuk idealogi negara. Pengaruh politik penting didalam melahirkan rakyat yang tidak mempunyai hasad dengki di antara satu sama lain. Ini akan mewujudkan sebuah negara yang aman dan damai. Sehubungan dengan itu, dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas ketika membuat peggubalan tersebut. Matlamat ini di jelaskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,”  melahirkan rakyat Malaysia…memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.” Falsafah tersebut sama dengan faktor sosial.

2.4- Faktor Ekonomi

Faktor ekonomi juga memainkan peranan penting di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Faktor ekonomi ini penting agar bajet-bejet yang diperuntukkan untuk pendidikan digunakan dengan sebaik mungkin dan tidak membazir dengan menjalankan akiviti yang tidak memberi sumbangan apa-apa kepada rakyat dan negara. Menurut pandangan Mok Soon Sang, (2004), dengan meningkatkan daya pengeluaran, rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu memperkembangkan ekonomi Negara. Matlamat ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran dan kesejahteraan negara. Cita-cita untuk memperkembangkan ekonomi negara telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang telah dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan ekonomi negara penting agar menjamin kestabilan ekonomi negara supaya tidak akan berlaku lagi insflasi sifar yang telah terjadi beberapa tahun yang lepas. Di samping itu, dengan adanya ekonomi yang stabil, mutu pendidikan negara akan lebih berkembang dengan mempelajari teknologi-teknologi yang lebih canggih. Kemajuan sains dan teknologi pula dituntut oleh negara bagi memastikan pencapaian taraf negara maju. Selain itu, dengan melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang pakar dan berilmu dalam bidang ini akan dapat mempercepatkan lagi proses ke arah tersebut. Oleh itu, peruntukkan ekonomi yang cukup akan memastikan kemajuan di dalam bidang sains dan teknologi berjaya dengan cemerlangnya.

2.5- Faktor Individu

Faktor yang seterusnya di dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor individu. Individu yang dimaksudkan ialah pelajar-pelajar dari pelbagai kaum. Dari segi pandangan Mok Soon Sang (2004), melalui proses pendidikan, potensi individu dapat digilap dan dikembangkan. Ini bererti setiap pelajar dari pelbagai kaum mempunyai keistimewaan masing-masing dan ini penting di dalam memajukan negara pada masa akan datang. Selain itu, potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Dari segi rohani, individu perlu menyedari dan menginsafi amalan yang dilakukan kepada penciptaNya. Individu juga harus memupuk dan membina disiplin diri di samping membentuk budi pekerti dan akhlak yang mulia. Dari aspek emosi pula, individu perlu mempunyai perasaan tenang dan mengawal tingkah laku mereka. Individu juga perlu memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dengan semua masyarakat. Selain itu, individu perlu menghargai serta menilai keindahan dan kesenian alam. Individu juga harus memupuk perasaan kasih saying sesama mereka. Dari segi jasmani pula, individu perlu memberi tumpuan kepada perkembangan tubuh badan yang sihat. Individu harus menjaga kesihatan diri dengan cara melakukan riadah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Selain itu, individu juga harus mengembangkan bakat dan kemahiran yang mereka ada di samping memanfaatkan tenaga fizikal yang mereka ada. Untuk menjadi insan yang yang seimbang dan harmonis, perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu harus dilaksanakan. Ini bererti setiap individu perlu berani menunjukkan bakat yang mereka ada secara semulajadi. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Individu yang seimbang perlu agar dapat melahirkan generasi yang berguna pada masa akan datang.  

2.6- Faktor Sejagat

Faktor terakhir dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah faktor sejagat. Faktor sejagat merupakan kerjasama di antara negara Malaysia dengan negara-negara antarabangsa. Kerjasama yang dilakukan adalah banyak seperti kerjasama di dalam industri, di dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Menurut pandangan Mok Soon Sang, (2004), penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Falsafah Pendidikan Kebangsaan terpengaruh dengan idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa. Contohnya UNESCO telah merancangkan program pendemokrasian pendidikan, pensarjagawatan pendidikan, dan pendidikan seumur hidup dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berbunyi,”Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan…”. Dengan pernyataan tersebut, jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. Kerjasama di antara Malaysia dengan negara-negara antarabangsa di wujudkan agar perkembangan, kemajuan serta pembangunan Negara dilaksanakan. Di awal pembentukkan Malaysia, ianya telah memainkan peranan pada arena antarabanga dalam usaha menjamin keamanan, keadilan, dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Generasi-genarasi yang akan datang akan terus memikul usaha kerjasama sejagat ini. Selain itu, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, program ini juga adalah untuk melahirkan masyarakat yang berketrampilan dan berakhlak mulia. Selain itu, program ini bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepada negara, tetapi berupaya memberi sumbangan ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa. Kerjasama sejagat ini sangat penting supaya negara Malaysia tidak ketinggalan di dalam arus pemodenan dunia. Oleh itu, adalah penting bagi negara kita melakukan hubungan sejagat dengan negara-negara antarabangsa yang lain demi kepentingan bersama.       

 * Semua tulisan adalah benar semasa hasil ini diterbitkan
Penulis : Reikojezze
www.reikojezze.blogspot.com

Falsafah Pendidikan (Nota Kuliah PISMP)

Posted by ReiKo JezzeBelle at 5:10 AM 0 comments
PENGENALAN FALSAFAH PENDIDIKAN

                        Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos (bererti mencintai) dan Sophia (bererti kebijaksanaan). Berpandukan dua perkataan Yunani ini, falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksaan. Falsafah Pendidikan Barat terbahagi kepada dua iaitu tradisional dan moden. Tradisional Falsafah Barat ialah perenialisme dan essensialisme.

                         Perenialisme banyak dipengaruhi oleh fahaman idealisme Plato dan Aristotle. Moden pula terbahagi kepada empat iaitu naturalisme, pragmatisme, rekonstruktivisme dan eksistensialisme. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), falsafah merupakan pertimbangan asas dan andaian mengenai pertimbangan terhadap perkara penting. Falsafah juga mempersoalkan prinsip-prinsip realiti, ilmu dan nilai.

                        Falsafah Pendidikan Timur pula digolongkan kepada tiga aliran iaitu konfusianisme (China), nasionalisme dan internasionalisme (India) dan falsafah pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Konfusianisme berasaskan kepada pemikiran Confucius (551-479 S.M). Falsafah Pendidikan China menerangkan kesempurnaan tingkahlaku. Menurut Wang Shouren (1472-1528) di dinasti Ming, beliau berpendapat ilmu intuitif terkandung dalam jiwa mental setiap individu. Beliau juga menentang hokum dera dan mengurung kanak-kanak serta menyarankan teknik peneguhan dan motivasi. Bagi Falsafah India pula, menurut Rabindranath Tagore (1861-1941), pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia yang berfikiran sempurna. Falsafah ini banyak dipengaruhi oleh falsafah pragmatisme dan progesivisme. Falsafah ini membentuk kesempurnaan manusia. Pendidikan tubuh badan adalah bertujuan melatih deria dan kecerdasan fizikal secara am, cekap dan berkemahiran. Pendidikan dalam perkara-perkara semula jadi adalah bertujuan membentuk perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh dan sempurna dalam tahun-tahun awal formatif. Bagi Falsafah Pendidikan Islam pula, falsafah ini berasaskan ajaran Al-Quran. Menurut Hassan Langgung (1979), perkara-perkara yang menjadi dasar ialah Keesaan Tuhan (Tauhid), kepercayaan pesuruh-pesuruhNya, dan kepercayaan kepada wahyu-wahyu Tuhan kepada Nabi-Nabi. Pendidikan merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal ikhlas. Menurut Mohamad Qatb, pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan.

                        Jika dibandingkan dengan falsafah-falsafah pendidikan, sama ada di negara Barat, Timur ataupun falsafah pendidikan Islam, falsafah pendidikan di Malaysia merupakan unik kerana mempunyai ciri tersendiri. Hal yang demikian, falsafah di Malaysia mengandungi unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan Islam.     

Penulis : Reikojezze
www.reikojezze.blogspot.com

Tuesday, August 24, 2010

Peringkat Perkembangan Guru (Nota Kuliah PISMP EDU 3108)

Posted by ReiKo JezzeBelle at 5:54 AM 1 comments
Peringkat Perkembangan Guru

Teori Keprihatinan (Fuller 1969)

-    Peringkat Keprihatinan Diri
-    Peringkat Keprihatinan Terhadap Tugas
-    Peringkat Impak

Prihatin Diri :    
-    Apakah pelajar suka saya?
-    Bolehkah saya mengajar apabila diselia?
-    Apakah yang dikatakan oleh guru lain tentang saya.
-    Apakah BBM saya sesuai dengan murid?

Peringkat Impak :
-    Bagaimana cara saya memotivasikan murid saya?
-    Apakah cara saya mewujudkan rasa kejayaan dalam kalangan pelajar saya?
-    Adakah pelajar saya mempunyai disiplin yang tinggi?

Teori 5 Peringkat Perkembangan Guru
-    Peringkat novis
-    Peringkat novis lanjutan
-    Peringkat cekap
-    Peringkat mahir
-    Peringkat pakar

Cabaran Guru Permulaan

-    Dikatakan pasif, tak kreatif dan imaginative
-    Belum mencapai tahap yang dikehendaki pihak sekolah
-    Masalah penyesuaian diri dengan reality sekolah dan bilik darjah.
-    Mula mengaplikasikan kaedah mengajar
-    Memahami fakta, konsep dan perkara asas pengajaran
-    Membentuk kerangka kognitif tugas-tugas guru
-    Kurang berupaya menangani tugas harian guru

Guru Cekap :
- Ada kecekapan pada tahap minimum
- Guru mula kenali lebih banyak prinsip, konsep dan elemen dengan merujuk situasi khusus.
- Guru memiliki kemampuan menyelesaikan masalah PNP.

Guru Mahir
-    Terbaik dalam bidang
-    Menjadi teladan profesionalisme
-    Terlibat sepenuhnya dalam kokurikulum

Guru Pakar
-    Menyerlahkan diri secara profesionalisme
-    Idea dan kemahirannya boleh mempengaruhi polisi pengendalian bilik darjah.
-    Dianggap sebagai bidang yang berautoriti bercakap dalam bidang profesionalnya.

Author : Reikojezze
www.reikojezze.blogspot.com

Friday, August 20, 2010

Kajian Sosial : Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Zaman Selepas Merdeka (bahagian 1)

Posted by ReiKo JezzeBelle at 8:03 PM 0 comments
Pembentukan masyarakat pluralistik di zaman selepas merdeka

Pengenalan

    Pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) telah berinteraksi di antara mereka sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan budaya-budaya besar tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yang istimewa dalam Alam Melayu iaitu fenomena kepluralitian budaya.

    Dua konsep utama yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri Alam Melayu ialah Pluralisme dan masyarakat pluralistik. Kedua-dua konsep ini merupakan konstruksi saintifik sosial yang terhasil daripada kajian empirikal yang dilakukan di wilayah ini. Pluralisme bererti suatu kerangka interaksi yg mana setiap kelompok menampilkan rasa hormat dan toleransi diantara satu sama lain dan berinteraksi tanpa konflik. Masyarakat pluralistik pula adalah masyarakat yang berbilang kaum yang hidup saling kerjasama diantara satu sama lain.

Masyarakat Pluralistik Selepas Merdeka

    Terdapat empat aspek yang ada pada masyarakat pluralistik selepas merdeka iaitu aspek politik, aspek perlembagaan, aspek pendidikan dan aspek ekonomi.

1) Aspek Politik

    Politik Malaysia kebiasaannya dipengaruhi oleh aspek etnik. Usaha untuk memelihara kestabilan politik yang bersandarkan kepada kerjasama antara etnik terus menjadi agenda utama negara.

    Dalam konteks politik domestik, demokrasi negara ini telah berjalan lancar terutamanya sejak pilihanraya umum pertama pada tahun 1955. Pilihanraya tersebut berjalan lancar kerana orang Melayu, cina dan India telah bersatu untuk mendesak British memberikan kemerdekaan. Pada peringkat ini, perjuangan menuntut kemerdekaan menjadi pengikat bagi ketiga-tiga kumpulan etnik untuk bersatu dalam satu pakatan parti iaitu Perikatan.

    Parti Perikatan terdiri daripada United Malays National Organisation (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC). Pimpinan Parti Perikatan yang mengamalkan sikap bertolak ansur bagi mengukuhkan kerjasama antara kumpulan etnik yang mereka wakili. Menurut R.K.Vasil (1980), pakatan dalam parti perukatan pada dasarnya telah menerima kepimpinan Melayu tanpa menjejaskan hubungan harmonis antara kumpulan etnik. Tunku Abdul Rahman diterima sebagai Perdana Menteri pertama oleh kumpulan-kumpulan etnik lain berdasarkan keupayaan beliau mempengaruhi orang Melayu dan bukan Melayu untuk bertolak-ansur dalam beberapa perkara asas.

    Dalam tahun 1957-1959, Parti MCA menghadapi kemelut kepimpinan apabila terdapat golongan yang tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Cheng Lock sehingga akhirnya memaksa beliau digantikan oleh Dr. Lim Chong Eu. Dr. Lim memberikan tekanan kepada parti Perikatan untuk memberi kerusi yang lebih kepada MCA dalam pilihan raya umum 1959. Krisis dalam Parti MCA berterusan dan membawa kepada perpecahan dalaman dan akhirnya Dr. Lim Chong Eu meletak jawatan.

    Parti MIC juga tidak terlepas daripada menghadapi kemelut dalaman apabila terdapat segelintir pihak yang menunjukkan sikap tidak puas hati terhadap Parti Perikatan. Namun begitu, melalui proses perundingan dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat, segala kemelut dapat diatasi dengan cara yang baik. Selepas era tahun 1960-an, politik Malaysia terus berkembang secara berperingkat-peringkat.

    Pada tahun 1974, Barisan Nasional ditubuhkan. Barisan Nasional terus kekal memerintah sehingga kini adalah kerana wujudnya kerjasama antara parti komponennya. Barisan Nasional sentiasa mendapat sokongan rakyat setiap kali pilihan raya umum diadakan. Menurut Mansor Mohd Nor (2005), hubungan dikalangan ahli-ahli Barisan Nasional lebih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silang budaya dan merentas etnik masing-masing. Bentuk perhubungan mereka berasaskan perkiraan bukan etnik.
 
(Bersambung bahagian ke-2)
 
penulis : Reikojezze

Wednesday, August 18, 2010

Konsep Sekolah dan Guru Berkesan (Nota Kuliah EDU 3108)

Posted by ReiKo JezzeBelle at 8:31 PM 1 comments